Wednesday, January 27, 2010

Permulaan

Guru-guru yang dihormati,
Blog ini saya adakan khas untuk saya berhubung dengan semua guru secara mudah. Melalui blog ini saya akan sampaikan maklumat-maklumat segera berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah, seperti pengumuman, maklumat terkini, arahan-arahan ringkas, dan sebagainya. Justeru, oleh kerana sekolah kita mempunyai kemudahan wifi, saya sangat berharap, semua guru sentiasa melawat blog ini untuk mendapatkan maklumat segera daripada pentadbiran sekolah. Guru-guru juga boleh memberi respon yang positif melalui ruangan komen. Semoga kita dapat memanfaatkan bersama.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment